AC MILAN 1 UDINESE 1
Ketua jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso, menerima pasukannya sedang menunjukkan kerapuhan dan menggesa mereka untuk terus bertenang bagi meneruskan pemburuan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Aksi Serie A di Stadium San Siro, awal pagi tadi, menyaksikan Kevin Lasagna menyamakan kedudukan buat Udinese selepas Krzysztof Piatek menjaringkan gol pendahuluan Milan dalam babak pertama.
Keputusan seri itu menyebabkan Milan meneruskan kemarau kemenangan dalam Serie A kepada tiga perlawanan berturut-turut.
Milan mahu menamatkan musim ini di kedudukan empat teratas bagi menjamin laluan mereka ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Mereka kelihatan hampir untuk kembali ke kejohanan kelab elit Eropah itu dengan melakar lima kemenangan berturut-turut sebelum mengalami kemerosotan prestasi sejak akhir-akhir ini.
Gattuso mengakui pasukannya sedang berdepan masalah kekuatan mental sebelum bertandang ke laman pendahulu liga, Juventus, hujung minggu ini dan seterusnya bakal menghadapi pasukan di tangga kelima, Lazio, di laman sendiri.
"Hari ini merupakan kali pertama kami menderita secara fizikal. Kami bergelut dalam babak kedua dan memberikan mereka lebih ruang untuk bergerak," katanya kepada Milan TV.
"Kami tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang mereka daripada menjaringkan gol.
"Kami hampir menang, namun juga hampir kalah.
"Kami kehilangan kekuatan yang kami miliki sejak tiga atau empat bulan lalu.
"Kami menunjukkan kerapuhan. Kami perlu kekal bertenang.
"Kami sedar kami sedang melalui waktu sukar dan kami perlu keluar daripadanya.
"Masih terdapat lapan perlawanan berbaki.
"Kami tahu masih banyak mata ditawarkan dan betapa pentingnya mata seperti itu.
"Kami perlu bangkit daripada aspek mental dan fizikal.
"Kami kehilangan kepastian buat masa ini.
"Ramai bercakap tentang keperluan taktikal berbeza, namun pembaharuan perlu dilakukan berdasarkan keinginan dan kekuatan. Anda dapat melihatnya hari ini.
"Ia bukan persoalan tentang formasi tetapi cara kami bermain dan bagaimana kami mampu menyakiti pihak lawan.
"Pasukan kami sedang mencuba untuk melakukannya, namun anda dapat lihat kami kekurangan kekuatan.
"Kami menantikan peluang itu tiba.
"Apabila anda memenangi lima perlawanan berturut-turut dan kemudian berdepan kesukaran, bola itu mula menjadi berat.
"Perkara seperti itu perlu dielakkan dan buat masa ini kami sedang menghadapinya.
"Kami tidak tepat, kami bergelut dan pada akhirnya, prestasi seperti ini boleh berlaku," katanya.
Gianluigi Donnarumma dan Lucas Paqueta terpaksa dikeluarkan gara-gara kecederaan dalam babak pertama.
Ia menambah masalah kecergasan yang melanda Milan selepas Franck Kessie turut tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu.
"Saya agak gusar kerana apabila saya melihat rakaman itu, ia merupakan kecederaan yang teruk," katanya mengenai kecederaan Paqueta.
"Buku lalinya bengkak sekelip mata. Dia akan menjalani pemeriksaan dan kami akan menantikan jawapan daripada pihak doktor.
"Kami juga perlu memastikan Kessie kembali cergas, dia tidak dapat meneruskan sesi latihan semalam selepas 10 minit.
"Dia cuba untuk beraksi, namun dia tidak dapat meneruskannya.
"Dia menjalani pemeriksaan dan terdapat sedikit keradangan.
"Suso sudah mula berlatih sejak dua hari lalu selepas menerima terjahan keras sewaktu kami berdepan Genoa.
"Kami perlu memastikan pemain-pemain ini kembali cergas," tambahnya.