Ketua jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso, akan berbincang dengan Tiemoue Bakayoko secara tertutup selepas mereka bertelingkah di San Siro.
Bakayoko kelihatan menggunakan bahasa kesat terhadap Gattuso selepas membuat jurulatih itu berang kerana lambat membuat persiapan untuk memanaskan badan bagi menggantikan Lucas Biglia dalam separuh masa pertama ketika merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Bologna.
Gattuso kemudian mengambil keputusan tidak menurunkan pemain berusia 24 tahun itu dan memilih Jose Mauri.
Pertelingkahan tersebut dijangka menjadi penamat karier Bakayoko di kelab itu selepas dipinjam sepanjang musim daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.
Hubungannya dengan legenda Rossoneri, Gattuso, sudah berada di tahap rendah apabila tiba lewat ke sesi latihan sebelum insiden yang berlaku ketika Milan merakam kemenangan penting untuk memastikan mereka dalam kelompok empat pasukan terbaik Serie A.
"Saya memberitahu Bakayoko untuk memanaskan badan tetapi dia mengambil masa selama lapan minit untuk bersedia," kata Gattuso.
"Sesiapapun boleh mencemuh saya tetapi kami akan bertemu semula dan bertentang mata.
"Saya mahu bercakap dengan dia dalam bilik persalinan menggunakan bahasa saya, sesuatu yang tidak boleh dilakukan di televisyen.
"Keutamaan kami bukanlah ego saya atau pemain. Kami menyarung jersi Milan dan perlu melakukan perkara yang betul.
"Pada penghujung tahun, kami akan memberikan kad laporan seperti di sekolah dan kami akan lihat siapa yang berkelakuan baik dan yang sebaliknya," jelasnya.
Milan memerlukan tiga mata untuk merapatkan kedudukan dengan penghuni tangga keempat, Atalanta, dan berjaya melakukannya selepas meraih kemenangan menerusi jaringan Suso dan Fabio Borini.
Mattia Destro mengurangkan defisit dalam separuh masa kedua dan tuan rumah berjaya mengekalkan kedudukan walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Lucas Paqueta dilayangkan kad merah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.