Skip to main content

Bola Sepak

Garay dijangka terlepas baki musim kerana ACL

ezequielgaray.jpg
Pertahanan Valencia, Ezequiel Garay, dijangka akan terlepas baki perlawanan musim ini selepas menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL).

Garay cedera di lutut kanannya dalam separuh masa pertama ketika Valencia menewaskan Celta Vigo 1-0 di Mestalla kelmarin sebelum digantikan dengan Mouctar Diakhaby.

Valencia mengesahkan pertahanan tengah berusia 33 tahun itu sudah menjalani pembedahan dan akan berehat panjang.

Skuad kendalian Albert Celades itu kini berada di tangga kelima LaLiga dengan ketinggalan dua mata di belakang Sevilla dan Getafe.

Mereka akan berdepan Granada dalam suku akhir Copa del Rey awal pagi esok.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found