Skip to main content

Bola Sepak

Gandingan Son-Kane hadirkan satu lagi pencapaian baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-kane-and-son-heung-min_1i5otg3gwqbn61n3e4fwjvt0g3.jpg
Son Heung-min menyifatkan gandingannya berkualiti bersama rakan bintang Tottenham, Harry Kane, terhasil menerusi usaha keras yang dipamerkan dalam sesi latihan.

Son menjaringkan dua gol awal pagi tadi, sementara dua gol Kane menerusi sepakan penalti, ketika Spurs melakar kemenangan 3-2 ke atas Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Juara-Juara.

Skuad kendalian Antonio Conte kini di puncak Kumpulan D selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi penyandang juara Liga Europa di Stadium Tottenham Hotspur.

Kane melakukan bantu jaringan buat Son bagi mendapatkan jaringan penyamaan, selepas ketinggalan menerusi jaringan pembukaan Daichi Kamada, bermakna gandingan itu kini telah digabungkan untuk menjaringkan gol pada 50 kali untuk Spurs merentasi semua pertandingan.

Kane melakukan bantuan jaringan kepada 24 gol Son, yang melakukan perkara yang sama sebanyak 26 kali buat kapten England itu.

Kapten Korea Selatan itu memberi penghormatan mengenai gandingannya bersama Kane, memberitahu BT Sport, "Kami memahami satu sama lain dengan baik. Saya tahu apa yang dia suka lakukan, dan dia sama.

"Apa yang dipamerkan oleh kami, ia sentiasa kerja keras dan usaha yang baik. Ia sentiasa membuahkan hasil selepas kami telah berkerja keras. [Akan ada] banyak lagi [gabungan] akan datang, saya harap."
 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video