JUVENTUS 2 BOLOGNA 0
Pengurus, Massimiliano Allegri, berkata Paulo Dybala dan Cristiano Ronaldo mampu membentuk gandingan ampuh buat Juventus apabila pasangan itu mampu memperbaiki gandingan mereka yang menakjubkan dalam kemenangan 2-0 ke atas Bologna, awal pagi tadi.
Dybala membuka jaringan di Stadium Juventus sebelum Ronaldo memberikan bantuan gol kepada Blaise Matuidi untuk menggandakan kedudukan buat Bianconeri, justeru Allegri memuji persembahan pasukannya dalam kemenangan Serie A keenam berturut-turut itu.
Allegri memilih untuk menggugurkan Mario Mandzukic dan mengetengahkan Dybala di belakang Ronaldo, begitupun pengurus Juve itu percaya kedua-duanya mampu menjalin kerjasama efektif, termasuk penggempur Croatia itu.
Berbanding prestasi perlawanan Serie A terdahulu yang menyaksikan mereka menang 2-0 di Frosinone, Allegri memberitahu pemberita: "Paulo (Dybala) mempunyai permainan yang baik seperti yang dilakukannya di Frosinone.
"Mereka (Ronaldo dan Dybala) beraksi bersama malam ini. Semakin kerap mereka digandingkan, maka mereka akan mengenali rentak masing-masing dengan lebih baik, saya fikir terdapat ruang untuk penambahbaikan.
"Saya berasakan bermain dengan tiga penggempur dengan Mandzukic di bahagian tengah membuatkan kedua-duanya dapat beraksi dengan lebih baik," katanya.
Allegri juga memuji pertahanan veteran, Andrea Barzagli, serta Joao Cancelo yang mencetuskan kesulitan kepada Bologna pada babak pertama.
"Malangnya Barzagli berusia 37 tahun," kata Allegri. "Dia adalah kelas pertahanan yang berbeza.
"Cancelo mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemain terbaik di dunia."
"Banyak lagi pujian atas apa yang dilakukan oleh anak buah saya," kata jurulatih itu, yang perlu mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi Napoli dalam aksi di Turin hujung minggu ini.
"Pada babak pertama, pasukan ini menguasai permainan, kami menggunakan ruang di padang dengan lebih baik daripada separuh masa kedua.
"Kami lebih terdedah dan hanya mengambil sedikit risiko ke atas bola. Kami perlu memperbaikinya."