Willian Jose memohon maaf kepada Real Sociedad dan penyokong selepas gagal berhijrah ke Tottenham.
Penyerang berusia 28 tahun itu muncul sebagai sasaran Spurs selepas Jose Mourinho mencari alternatif buat Harry Kane yang kini dibelenggu kecederaan.
Willian Jose terlepas tiga perlawanan Sociedad selepas ketidakpastian mengenai masa depannya, dengan meminta untuk diketepikan daripada saingan Copa del Rey berdepan Espanyol, 22 Januari lalu ketika berharap untuk meninggalkan kelab itu.
Bagaiamnapun, penyerang itu dijangka kekal dalam LaLiga bagi baki musim ini selepas perbincangan dengan Spurs gagal dicapai kedua-dua pihak.
Manchester United turut berminat dengan pemain itu dan tumpuan Jose kini kembali terarah kepada penyokong di Anoeta.
"Saya ingin memohon maaf kepada penyokong bagi setiap perkara yang berlaku sejak beberapa hari lalu," katanya. "Saya ingin memohon maaf kepada penyokong, rakan sepasukan dan jurulatih yang sentiasa berada di belakang saya.
"Saya melihat ia adalah peluang untuk saya berhijrah dan bermain dalam Liga Juara-Juara (UCL) bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL). Ia tidak berlaku tetapi saya sangat gembira.
"Saya sentiasa berterima kasih kepada Real atas setiap perkara yang diberikan kepada saya, dengan cara mereka menyokong saya dan saya perlu berusaha untuk mendapatkan semula tempat di dalam pasukan.
"Perkara ini bukan hanya mengecewakan penyokong tetapi buat diri saya juga. Ia merupakan dua minggu yang memeritkan buat saya, isteri serta keluarga. Saya hanya mahu berusaha demi pasukan dan rakan sepasukan, menjaringkan gol dan menghadirkan kegembiraan kepada penyokong."
Editor: Ammar Hakim