Skip to main content

Bola Sepak

Gagal dapatkan Wagner, Bayern tuntut aksi terbaik Muller

sandro-wagner-100717.jpg
Bintang Bayern Munich, Thomas Muller, diminta untuk meningkatkan jumlah jaringan gol dalam saingan musim 2017/18 selepas juara Bundesliga itu gagal mendapatkan khidmat Sandro Wagner.

Pada musim lalu, Muller gagal menjaringkan lebih daripada 10 gol buat pertama kali sejak lima tahun lalu selepas sering gagal mendapat kepercayaan pengendali, Carlo Ancelotti.

Ketika masa depan Robert Lewandowski masih menjadi tanda tanya, Bayern kini sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti bahagian serangan dan aksi terbaik Muller dituntut oleh pengarah eksekutif kelab, Karl-Heinz Rummenigge.

"Dia perlu mengharungi musim yang lebih getir selepas ini," kata Rummenigge 

“Saingan pada posisinya semakin sengit dan saya berharap dia mampu menjaringkan banyak gol,” tambahnya.

Wagner menjaringkan 11 gol dalam 31 penampilan Bundesliga bersama Hoffenheim musim lepas, menyebabkannya dipanggil menyertai skuad Piala Konfederasi Jerman di bawah bimbingan Joachim Low. 

Penyerang berusia 29 tahun itu memulakan karier bersama Bayern hampir 10 tahun lalu, namun telah menandatangani kontrak baru yang mengekalkannya bersama Die Kraichgauer sehingga 2020 dan Wagner jelas gembira.

“Saya gembira untuk kekal bersama Hoffenheim dan mahu membantu pasukan mengecapi kejayaan di masa akan datang,” ujar Wagner.

Untuk musim 2016/17, aksi hebat Wagner telah berjaya membantu pasukannya layak ke saingan play-off Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menamatkan saingan Bundesliga di tangga keempat.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video