Pasukan Gagaana mencipta kejutan apabila muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak Kaamatan Piala Pegawai Daerah (DO) Penampang, Ahad lalu.
Gagaana dinobat selaku juara selepas menewaskan pasukan Kolopis 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar.
Laluan kejuaraan Gagaana, bagaimanapun, tidak begitu mudah apabila mereka tewas 2-4 dalam aksi kumpulan bertemu pasukan IPD Penampang.
Mereka kemudian bangkit memenangi perlawanan seterusnya bertemu Hungab dengan keputusan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir.
Dalam aksi separuh akhir, pasukan itu kemudian sekali lagi mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan iaitu Kapazan 4-3, juga menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan seri tanpa jaringan pada masa permainan sebenar.
Skuad Gagaana kemudian mengesahkan kejuaraan mereka apabila menundukkan Kolopis dalam perlawanan akhir untuk menjulang Piala DO Penampang yang akan disampaikan 20 Mei depan sempena Pesta Kaamatan daerah berkenaan.