Pengurus Barcelona, Xavi berkata duo pemain tengah, Gavi dan Pedri, adalah lebih baik daripadanya dan gandingannya di Blaugrana, Andres Iniesta, pada usia 20 tahun.
Gavi dan Pedri masing-masing memulakan keempat-empat perlawanan membabitkan Sepanyol di Piala Dunia di Qatar selepas turut memegang peranan penting buat pendahulu LaLiga, Barca, sejak Xavi mengambil alih jawatan tersebut tahun lalu.
Keserasian serta ketajaman kedua-dua anak buahnya itu telah mengundang perbandingan Xavi dan Iniesta sendiri yang menikmati kejayaan luar biasa di peringkat kelab dan antarabangsa.
Bagaimanapun, ketika bercakap di saluran media Barca malam tadi, Xavi percaya gandingan tengah kelab Catalan itu ketika ini berkembang lebih cepat.
"Saya pada usia 20 tahun dan Andres pada usia 20 tahun tidak berada di tahap Pedri atau Gavi," kata pengurus itu.
“Bagaimana Gavi bersaing, semangat yang dicurahkannya, kami tidak berada di tahapnya.
"Kami memiliki pemain yang sangat muda. Eric Garcia, Pedri, Ansu Fati, Gavi malah Frenkie de Jong juga masih muda. Kami mempunyai Barca untuk masa kini dan masa depan."
Xavi turut bersetuju bahawa beberapa pemain muda Barca mungkin terlalu hebat, sambil menambah: "Gavi telah beraksi hampir dalam setiap perlawanan. Ansu adalah seorang bakat tetapi mungkin kami menagih harapan terlalu tinggi ke atas mereka."
Barca mendahului dua mata di depan seteru ketat, Real Madrid, di puncak LaLiga apabila memenangi 12 daripada 14 perlawanan musim ini selepas pelaburan besar dalam jendela perpindahan.
Gergasi Catalan itu sempat menjana pendapatan untuk memancing Robert Lewandowski, Jules Kounde dan Raphinha, tetapi Xavi tidak menjangkakan ia akan berulang bulan depan.
"Saya memberitahu (Pengarah Bola Sepak,) Mateu Alemany, agar tidak terlalu banyak memantau pasaran pemain, saya gembira dengan kumpulan pemain yang hebat ini," katanya lagi.
"Kami tidak tahu adakah kami akan membawa masuk muka baharu.
"Saya fikir kami mampu berdaya saing. Saya gembira dengan pemimpin, kami berlatih di tahap 100 peratus dan ia dibuktikan di atas padang. Jika kami tidak membuat perubahan, saya masih tetap akan sangat berpuas hati."

Pedri’s #tuesdayvibe ✨ pic.twitter.com/uaV0taKN30
— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 20, 2022