Pertahanan warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero, mengungkapkan isyarat tersembunyi dengan mengubah gambar profil di Instagramnya mengikuti situasi hangat yang melanda pasukan kebangsaan ketika ini.
Kemas kini media sosial pemain kelahiran Sepanyol itu menunjukkan satu gambar berupa sebuah jam dengan paparan nombor 12 menjadi perhatian.
Ia sangat sinonim dengan angka 12 bulan penggantungan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain negara akibat isu dokumentasi.
Dalam masa sama, Unionistas de Salamanca CF dalam satu kenyataan baru-baru ini, telah menggantung Palmero dan kini sedang mengumpul semua matlumat berkaitan kes itu sehingga perkembangan rasmi dimaklumkan.

Meninjau laman Transfermarkt, bintang berusia 23 tahun itu merekodkan satu penampilan bersama kelab berkenaan setakat ini.
Dan, dia juga sudah merekodkan empat kaps antarabangsa bersama Malaysia tatkala bertemu Cape Verde, Vietnam, Singapura dan Palestin.
Terdahulu, selain Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA (kerana pelanggaran Tatatertib FIFA2) berhubung isu dokumentasi.
Dapatkan Sekarang

Bangga Bersama Malaysia
Malaysia layak ke Piala Asia — masa untuk kita semua pakai Harimau Malaya jersey & raikan semangat negara.
Dapatkan Sekarang