Skip to main content

Bola Sepak

Fulham tersingkir daripada Liga Perdana

fulham.jpg
WATFORD 4 FULHAM 1

Fulham sah tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-4 kepada Watford di Vicarage Road, awal pagi tadi.


Gol daripada Abdoulaye Doucoure, Will Hughes, Troy Deeney dan Kiko Femenia meletakkan pasukan pelawat itu ketinggalan 16 mata daripada zon selamat dan tidak mungkin dapat mengatasinya dengan berbaki lima perlawanan lagi.

Fulham membelanjakan hampir £100 juta (RM535.9 juta) untuk mengambil pemain baru selepas layak ke liga divisyen utama itu menerusi pusingan play-off Liga Kejuaraan musim lalu.

Bagaimanapun, mereka hanya memenangi satu daripada 12 perlawanan pertama liga dan kedudukan tercorot pada ketika itu memaksa mereka memecat pengurus pasukan, Slavisa Jokanovic, November lalu.

Claudio Ranieri, yang membimbing Leicester City menjulang gelaran Liga Perdana musim 2015-16, juga tidak dapat mengubah nasib itu.

Pengendali kelahiran Itali itu hanya memenangi tiga daripada 17 perlawanan yang dibimbingnya sebelum digantikan oleh pengurus sementara, Scott Parker, 28 Februari lalu.

Kekalahan Fulham kepada Wotford itu merupakan yang kesembilan secara berturut-turut dan memaksa mereka menerima hakikat untuk kembali ke Liga Kejuaraan musim depan.

Advertisement

Must Watch Video