Pertahanan Tottenham, Juan Foyth, bakal direhatkan sehingga September ekoran kecederaan ligamen buku lali.
Pertahanan tengah itu kelihatan mengalami kesakitan ketika aksi pra-musim Piala Audi dengan Bayern Munich, Khamis lalu, sementara pengurus pasukan, Mauricio Pochettino, mengakui pemain itu mengalami kecederaan serius.
Ujian perubatan mendedahkan Foyth mengalami kecederaan ligamen pada buku lali kirinya dan tidak dapat menjalankan tugas bersama skuad utama sehingga bulan depan.
Pemain berusia 21 tahun itu bakal terlepas dua aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berdepan Aston Villa dan Manchester City.
Dia turut dijangka terlepas pertembungan di laman sendiri berdepan Newcastle United, 25 Ogos ini atau pertembungan 'derby' London Utara dengan Arsenal bulan depan.
Terdahulu, Spurs turut mengesahkan mereka telah diberikan kelulusan untuk meningkatkan lagi kapasiti stadium.
Majlis Haringey telah bersetuju dengan perancangan untuk menambah lagi bilangan tempat duduk di bahagian utara dan selatan stadium yang akan meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 62,214.