Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Forster tandatangan kontrak panjang baru di Southampton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

forster-cropped_yqp5xh5tvm2g1quflrexjrqgd.jpg
Penjaga gol Southampton, Fraser Forster, telah menandatangani kontrak lima tahun yang baru dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain antarabangsa England itu sudah terikat dengan skuad St. Mary sehingga 2021 tetapi perjanjian terbaru itu menyaksikan lanjutan semusim daripada perjanjian asal.

Forster tiba di Southampton dari Celtic pada 2014 dan telah membuat 103 penampilan untuk kelab itu, dengan bermain setiap perlawanan dalam liga musim 2016-17.

"Saya gembira. Saya benar-benar menyukai tempoh saya di sini di Southampton setakat ini dan apabila peluang datang untuk melanjutkannya, saya tidak berfikir dua kali," katanya kepada laman web kelab itu.

"Saya fikir ia adalah sebuah kelab hebat, dengan masa depan yang sangat cerah, dan cita-cita kelab menunjukkan mereka mahu bergerak ke hadapan. Jadi, bagi saya, tidak ada yang lebih baik."

Naib Pengerusi, Les Reed, menambah: "Kami sangat gembira dapat mengukuhkan komitmen kami dengan Fraser, yang telah menjadi sebahagian daripada pasukan sejak tiga musim lalu.

"Dia telah mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang penjaga gol utama dalam Liga Perdana dan pada usia 29 tahun, kami percaya dia masih mempunyai tempoh terbaik di depannya, bukan hanya untuk kami tetapi juga pasukan kebangsaan.

"Ini adalah tempat yang ideal untuk meneruskan kemajuannya di bawah bimbingan ketua penjaga gol kami, Dave Watson, dan kami gembira bahawa Fraser terus melihat masa depannya yang panjang di Southampton."

Advertisement

Must Watch Video