Fraser Forster boleh menjadi pengganti 'sempurna' kepada Hugo Lloris dalam ketiadaannya kerana kecederaan lutut, percaya penolong pengurus Tottenham, Cristian Stellini.
Bekas pemain antarabangsa Perancis itu mengalami tamparan hebat dalam kemenangan pasukannya ke atas Manchester City dan berdepan enam hingga lapan minggu di luar padang.
Dengan pengurus, Antonio Conte, kembali bekerja selepas pulih daripada pembedahan, penolong, Stellini, akan menyerahkan semula skuad yang tanpa penjaga gol pilihan pertamanya.
Tetapi mengenai bekas penjaga gol England, Forster, pengendali kelahiran Itali itu berasakan rakan senegaranya itu akan mempunyai pemain yang ideal untuk beraksi menjadi benteng terakhir pasukan.
"Kami semua kecewa dengan apa yang berlaku kepada Hugo," katanya. “Tetapi saya suka Fraser. Tingkah lakunya musim ini sempurna.
“Dia berlatih bersungguh-sungguh dan dalam hal ini dia juga mendorong Hugo untuk berlatih bersungguh-sungguh.
"Secara fizikal, Fraser cukup sempurna untuk Liga Perdana Inggeris dan gaya permainan kami. Dia juga boleh menggunakan kedua-dua kaki dan ia akan menjadi menarik untuk melihatnya untuk beberapa minggu akan datang."

Welcome back, Boss ? pic.twitter.com/QcIEWxBAui
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 9, 2023