Arsene Wenger percaya Mesut Ozil semakin menyerlah di bawah peranan terbarunya bersama Arsenal selepas meraih kemenangan 4-1 ketika berdepan Stoke City.
Ozil mudah menewaskan penjaga gol Stoke, Jake Butland, ketika The Gunners meneruskan rentetan kemenangan selepas membuat pertukaran kepada formasi 3-4-3.
Formasi ini menyaksikan pemain kebangsaan Jerman itu dan Alexis Sanchez bertindak sebagai penyerang kedua di belakang Olivier Giroud berdepan Stoke, dan trio itu menghasilkan permainan yang mantap dalam usaha meraih empat gol buat Arsenal di Stadium bet365.
Sejak Wenger membuat pertukaran terhadap sistem permainannya, Arsenal kini meraih enam kemenangan dalam tujuh perlawanan dan Ozil merupakan antara pemain yang berjaya mempamerkan permainan cemerlang.
"Itu merupakan apa yang kami mahukan daripadanya," kata Wenger.
"Saya berasakan Ozil menyerlah dengan penggunaan formasi baru ini."
Selepas menewaskan Stoke, Arsenal kini meneruskan usaha mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik ketika berdepan Sunderland dan Everton sebelum bertemu Chelsea di Wembley bagi aksi final Piala FA.
"Kami mahu meneruskan momentum ini. Kami bermain dengan baik berdepan Man United, Southampton dan di sini. Pasukan berada di tahap terbaik dan saya berbangga dengan pencapain kami.
Arsenal bakal menerima kunjungan Sunderland di Stadium Emirates esok.