Skip to main content

Bola Sepak

'Fokus kepada pembangunan pemain muda' -- Roslin Hashim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

roslin_1.jpg
Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, menegaskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu proaktif dan turut memberi fokus kepada pembangunan pemain remaja terutama bagi kategori perseorangan lelaki.

Ia selepas melihat jurang antara kem perseorangan dan beregu ternyata jauh berbeza dan menimbulkan pelbagai persoalan sejauh mana kewibawaan pemain serta jurulatih kategori perseorangan negara.

Roslin melihat kem badminton negara memiliki pemain remaja yang jelas mempunyai fizikal dan teknik yang baik dan jika digilap dengan baik, mereka mampu menjadi pemain berkualiti.

Menurutnya, BAM perlu melihat program dalam jangka masa panjang untuk kembali melahirkan pemain bertaraf dunia yang konsisten seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo.

Tambahnya, penekanan kepada pemain perseorangan negara perlu bergerak seiring pada kategori senior dan remaja bagi membentuk kredibiliti pemain secara holistik. 

"Kita tidak mahu pemain senior sekadar melakar kejutan apabila menyertai kejohanan, mereka perlu meletak misi untuk bergelar juara," katanya menerusi Nadi Arena.

"Pemain-pemain muda sekarang harus diberikan peluang untuk diketengahkan, terus melangkah ke hadapan dan menggunakan pengalaman beraksi di pentas remaja untuk melonjak naik sebagai pemain utama negara."

Advertisement

Must Watch Video