Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique, menganggap ia seperti "membunuh diri" jika kelabnya hanya memfokuskan usaha untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Sejak memenangi pertandingan itu pada 2014-15, Barca secara umumnya kecewa dengan persaingan elit Eropah selepas peringkat kumpulan.
Atletico Madrid, Juventus dan baru-baru ini Roma telah menyingkirkan Barca di peringkat suku akhir dalam tiga kempen lalu sementara mereka juga tersungkur pada halangan sama setahun sebelum kejayaan terakhir mereka dalam Liga Juara-Juara.
Tetapi, bukanlah buruk buat Barca apabila mereka sudah memenangi tiga gelaran LaLiga dalam tempoh empat tahun lalu, dan ketika Pique mahu penambahbaikan di Eropah, dia menegaskan bahawa mereka tidak boleh membiarkan ia menjejaskan prestasi dalam saingan domestik.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Pique berkata: "Saya rasa ia adalah gelaran paling penting bagi pasukan hebat di Eropah.
"(Tetapi) hanya untuk (cuba) memenangi Liga Juara-Juara, ia akan membunuh diri. Jika kita fokus lebih kepada liga, ia adalah ukuran untuk mengetahui sejauh mana baiknya kita.
"Barca tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara tanpa LaLiga. Jadi, harus fokus kepada liga dan memenangi Liga Juara-Juara.
"Tiada yang hilang daripada perlawanan Barca. Cara bermain kami membuat kami sangat kuat dalam persaingan biasa, di mana banyak perlawanan dimainkan berbanding final, di mana segala-galanya boleh diputuskan menerusi rembatan atau hantaran lintang.
"Terdapat pasukan yang mendasarkan semuanya dan ia boleh menjadi baik tetapi berbeza dengan bermain dalam LaLiga dan Liga Juara-Juara.
"Kami membuktikan bahawa jika kami bekerja dengan baik dalam liga, kami melakukan yang baik di Eropah. Apabila kami bermain pada tahap yang sama (dengan lawan), kami menderita, dan ketika kami sangat unggul, kami lebih baik."