Alessandro Florenzi menyifatkan musim ini sebagai salah satu tempoh terburuk yang dilalui di Roma.
Roma mempunyai baki tiga perlawanan dan berdepan Juventus malam ini, di mana kekalahan akan menyaksikan mereka ketinggalan di belakang Torino dalam perebutan ke slot kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.
Juve kini mempunyai kelebihan 30 mata berbanding The Giallorossi dan pemain tengah, Florenzi, tidak menyembunyikan hakikat bahawa mereka sedang melalui kempen yang mengecewakan.
"Ini adalah tempoh terburuk dalam enam tahun terakhir di Roma, di mana kami mencicirkan mata walaupun berpeluang meraih kemenangan," katanya.
"Terdapat banyak faktor mengapa Juve begitu jauh berbanding kami tetapi ketika ini, kami perlu kembali ke landasan sebenar.
"Aksi Roma menentang Juve sentiasa istimewa dan kami tahu ia memberi makna besar kepada penduduk dalam bandar ini, namun jelas sekali ia adalah tiga mata yang penting dan kami perlu dapatkannya tidak kira dengan apa cara sekalipun."
Roma kini empat mata daripada kelompok empat terbaik Serie A dan disingkirkan daripada pusingan 16 Liga Juara-Juara setelah tewas agregat 4-3 di tangan Porto.
Kembali ke kancah yang menyaksikan mereka menyingkirkan Barcelona musim lalu sebelum ke separuh akhir adalah keutamaan Florenzi dan kelab.
"Detik paling menggembirakan ketika menyarung jersi Roma adalah sewaktu bangkit menewaskan Barca musim lalu," ujar Florenzi.
"Kami harap dapat kembali ke Liga Juara-Juara dan melakukan dengan lebih baik musim depan."