Skip to main content

Bola Sepak

Flick fokus kendali Bayern

flick.jpg
Pengurus Bayern Munich, Hansi Flick, enggan membincangkan masa depannya secara terbuka tatkala juara Bundesliga itu berusaha mengejar trofi kejuaraan.

Minggu ini, majalah bola sepak Jerman, Kicker, mendakwa Flick telah menarik perhatian beberapa kelab Liga Perdana Inggeris susulan kemampuannya mengubah nasib Bayern.

Masih bergelar pengurus sementara Bayern, legenda kelab, Lothar Matthaus, menggesa gergasi Jerman itu melantik Flick secara tetap.

"Ketika ini, segalanya berjalan lancar tetapi kami mengharungi cabaran satu persatu.

"Saya di Bayern ketika ini itu menjadi fokus utama.

"Terdapat beberapa perkara telah dipersetujui dan perkara lain tampak tidak relevan buat saya."

Bayern bakal menentang Augsburg esok dan memiliki kelebihan tiga mata di puncak Bundesliga sebelum aksi hujung minggu ini.

Oktober lalu, Bayern diikat 2-2 di WWK Arena selepas Alfred Finnbogason meledakkan gol penyamaan dalam waktu kecederaan buat tuan rumah.

Bergelut untuk mencapai tahap tinggi ketika itu, kali ini ia berbeza buat Bayern selepas menang 13 daripada 14 aksi kompetitif terakhir.

Flick menyambung skuad yang dikendalikan Niko Kovac sebelum ini dan kini serius mencabar saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Tidak hanya unggul di Jerman, mereka kini selangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang 3-0 ke atas Chelsea dalam aksi pertama pusingan 16.

Walaupun Robert Lewandowski masih diketepikan akibat masalah pangkal paha, Flick tetap menerima perkhabaran positif mengenai pemain lain.

"Javi Martinez dan Lucas Hernandez berlatih hari ini dan berpeluang untuk beraksi," tambahnya.

"Namun, Kingsley Coman tidak diturunkan esok."

Advertisement

Must Watch Video