Junior Firpo teruja dikaitkan dengan Barcelona tetapi tetap fokus bersama Real Betis.
Pertahanan itu menjadi sasaran juara LaLiga, Barca, selepas menyinar bersama Betis musim lalu.
Junior, 22, merupakan sebahagian daripada skuad Sepanyol yang menjuarai Kejohanan Eropah B-21.
Bek kiri itu mampu memberi saingan kepada Jordi Alba di Camp Nou tetapi tidak terbawa-bawa dengan spekulasi ke Barca.
"Saya tidak goyah," katanya.
"Berita itu muncul dan ia adalah satu pujian. Satu kebanggaan apabila dikaitkan dengan kelab seperti Barcelona.
"Namun, saya fokus bersama Betis kerana ini kelab saya dan saya sangat bersyukur kerana mereka memberikan saya segalanya.
"Saya rasa ia petanda bahawa saya melakukan perkara yang betul. Saya rasa saya berada dalam kelab hebat dan ia membantu.
"Musim lalu, kami tidak konsisten tetapi mencipta kemenangan hebat dalam liga, hampir melangkah ke final Piala Raja Sepanyol dan kami beraksi dalam saingan Eropah.
"Ia berjalan lancar buat saya serta sangat membantu. Namun, saya menegaskan tetap fokus berama Betis kerana ia jadi penyumbang kepada situasi saya di sini."
Bagaimanapun, Firpo mengakui perpindahan ke Barca akan membolehkannya berkembang pada masa akan datang.
"Bagi saya, Alba adalah bek kiri terbaik dunia, pemain yang mampu bertahan dan menyerang dengan bahaya," tambah Firpo.
"Jika satu hari nanti saya beraksi dengannya selain bersaing dengannya, saya pasti dapat belajar banyak perkara.
"Apa yang tidak boleh saya nafikan adalah ia menjadi satu penghormatan untuk dikaitkan dengan Barcelona, sebuah kelab yang hebat. Saya kini di puncak bersama Betis dan apa sahaja boleh berlaku."