stadiumastro
  • Live Scores
    • Football
    • Badminton
  • Fantasy
    • Liga Super Fantasy
    • Info Hadiah
  • Video
  • Bola Sepak
    • Liga Bola Sepak Malaysia
    • Liga Super Malaysia
    • Piala Malaysia
    • Piala FA Malaysia
    • Bola Sepak Antarabangsa
    • Liga Perdana Inggeris (EPL)
    • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
    • Piala FA Inggeris
  • Badminton
  • STL
  • Sukan Lain
    • Cub Prix
    • MPL Malaysia
    • Lain-lain
  • Lagi
    • Jadual TV
    • Halaman Saya
    • Rencana
  • BM
    EN
  • Daftar
  • BM
    EN
  • Daftar
stadiumastro
  • Live Scores
    • Football
    • Badminton
  • Fantasy
    • Liga Super Fantasy
    • Info Hadiah
  • Video
  • Bola Sepak
    • Liga Bola Sepak Malaysia
    • Liga Super Malaysia
    • Piala Malaysia
    • Piala FA Malaysia
    • Bola Sepak Antarabangsa
    • Liga Perdana Inggeris (EPL)
    • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
    • Piala FA Inggeris
  • Badminton
  • STL
  • Sukan Lain
    • Cub Prix
    • MPL Malaysia
    • Lain-lain
  • Lagi
    • Jadual TV
    • Halaman Saya
    • Rencana
Live Scores
  • Football
  • Badminton
Fantasy
  • Liga Super Fantasy
  • Info Hadiah
Bola Sepak
  • Liga Bola Sepak Malaysia
  • Liga Super Malaysia
  • Piala Malaysia
  • Piala FA Malaysia
  • Bola Sepak Antarabangsa
  • Liga Perdana Inggeris (EPL)
  • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
  • Piala FA Inggeris
Sukan Lain
  • Cub Prix
  • MPL Malaysia
  • Lain-lain
Lagi
  • Jadual TV
  • Halaman Saya
  • Rencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI

Stadium Astro | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Iklan
PIALA MALAYSIA

Final Unifi Piala Malaysia: JDT samai rekod Selangor-KL, bergelar juara tiga kali berturut-turut

Stadium Astro
Najmi Iman
26/04/2025
15:02 MYT
Sponsor Banner
Final Unifi Piala Malaysia: JDT samai rekod Selangor-KL, bergelar juara tiga kali berturut-turut
Magis Sri Pahang bertahan sekadar 45 minit. Johan 11 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), menyapu bersih semua gelaran domestik untuk dua musim tanpa henti apabila dinobatkan juara Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Untuk rekod, ini adalah final kelima berturut-turut Harimau Selatan dalam kejohanan paling berprestij itu.
Lebih menarik, JDT berjaya menyamai pencapaian Selangor (1995-1997) dan Kuala Lumpur (1987-1989) dengan melakar hatrik kejuaraan Piala Malaysia dari 2022-2024/2025.
Iklan
Tok Gajah gagal mengulangi pencapaian 2014 dan JDT berhasil membalas dendam atas kekalahan dahulu.
Seperti sedia maklum, kehilangan bintang, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo akibat penggantungan tidak menguntungkan kem Sri Pahang.
T. Saravanan terlebih dahulu meletakkan skuad kendalian Fandi Ahmad di hadapan menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, untuk kedudukan 1-0 melewati separuh masa pertama.
Namun, Sri Pahang terpaksa melupakan khidmat pemain Harimau Malaya, Sergio Aguero, apabila dilayangkan kad merah pada minit ke-34, membuatkan persembahan skuad berjersi kuning itu terencat dan harus menutup segala ruang.
Memasuki babak kedua, juara Piala FA itu mengatur pelbagai serangan demi membutirkan hasil.
Dan Peman Import Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/25, Bergson Da Silva, akhirnya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas pertahanan, Azrif Nazrulhaq Badrul Hisham, mengasari Oscar Arribas.
Berselang 10 minit kemudian, pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, tidak terburu-buru melayangkan kad merah kedua permainan tatkala terjahan keras pemain import, Park Jun-heong, mengakibatkan kecederaan kepada tonggak Sri Pahang.
Ia sekali gus, menyaksikan aksi kembali seimbang dengan 10 lawan 10.
Secara kasar, JDT banyak melepaskan peluang dan tersasar untuk mencari gol seterusnya.
Di sebalik usaha keras itu, Pemain Paling Bernilai (MVP) empat kali berturut-turut, Arif Aiman Hanapi, menjadi wira JDT dengan rembatannya di sudut kanan menembusi gawang Zarif Irfan Hashimuddin untuk kedudukan 2-1.
Asakan demi asakan cuba dihasilkan kedua-dua pasukan, namun kebuntuan menyelubungi serangan.
Tamat permainan, JDT sekali lagi diangkat sebagai juara.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#johor darul ta'zim
#JDT
#Piala Malaysia
#Sri Pahang
Must-Watch Video