PIALA MALAYSIA

Final Unifi Piala Malaysia: JDT lawan Sri Pahang di SNBJ

Stadium Astro
Muzaffar Musa
22/02/2025
05:51 MYT
Sponsor Banner
Final Unifi Piala Malaysia: JDT lawan Sri Pahang di SNBJ
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan bahawa perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri PahanC akan berlangsung di Stadium nasional Bukit Jalil pada 12 April ini.
MFL dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata keputusan penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia serta penglibatan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas kelab Harimau Selatan itu layak ke pusingan 16, yang akan berlangsung pada 4 Mac 2025 dan andai berjaya ke pusingan suku akhir, ia dijangka berlangsung pada 25 April 2025.
"Tarikh perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia itu dilihat akan memberi ruang kepada JDT untuk mengharungi peringkat kalah mati ACLE di mana penglibatan JDT di pentas antarabangsa cukup penting dalam menyumbang mata bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking kelab AFC.
"MFL selaku badan pengelola jelas komited untuk menyokong mana-mana kelab yang menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa malah keputusan penetapan tarikh final edisi ke-98 itu mendapat persetujuan dan sokongan baik Sri Pahang FC.
"Selain itu, antara faktor penting dalam pemilihan tarikh 12 April 2025 itu juga adalah ketersediaan venue SNBJ yang dilihat gelanggang paling sesuai untuk menyambut kehadiran ribuan penyokong kedua-dua pasukan itu nanti. SNBJ akan ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan padang bermula selepas tamatnya perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia, menjadikan 12 April sebagai tarikh paling ideal untuk menganjurkan perlawanan akhir," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video