Skip to main content

Bola Sepak

Final Unifi Piala Malaysia: Ada sebab mereka gerun dengan kami -- Bergson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman-hanapi.jpg
Duo Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi dan Bergson Da Silva, mempunyai motivasi tinggi untuk melayani Sri Pahang dalam final Unifi Piala Malaysia, malam esok. 

Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/25 itu yang menyaksikan Arif Aiman diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) buat kali keempat berturut-turut.

"Kami akan terus mencipta sejarah, semua orang tahun JDT sentiasa (berusaha) menjadi sebuah kelab yang berjaya. 

"Tidak kisahlah walauun penyokong anggap tidak penting atau tidak. 

"Tapi sebagai pemain JDT, perlawanan ini tersangatlah penting," katanya yang telah menghasilkan tiga jaringan dalam kempen edisi ke-98 itu. 

Sementara itu, Bergson yang telah mencetak lima gol dalam Piala Malaysia pula beranggapan: "Sri Pahang ada sebab untuk berasa khuatir memandangkan kami akan bertindak sebagai juara bertahan. 

"JDT telah memenangi pelbagai kejuaraan dalam tempoh 15 tahun terakhir.




"Namun, kami sedar ia akan menjadi sukar kerana ini adalah perlawanan akhir dan apa sahaja boleh berlaku. 

"Tapi kami akan cuba bawa pulang satu lagi trofi ke Johor." 

Advertisement

Must Watch Video