Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Final Unifi Piala Malaysia: 40 ahli keluarga hadir beri sokongan buat pemai tengah Sri Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saiful.jpg
Tonggak Tengah Sri Pahang, Saiful Jamaludin, memaklumkan dia bakal mendapatkan sokongan padu dari 40 orang ahli keluarganya yang bakal hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pemain berusia 22 tahun kelahiran Kuala Lipis itu turut menyeru seluruh rakyat Pahang untuk hadir ke Bukit Jalil kerana sokongan pemain ke-12 mampu menyuntik semangat skuad Tok Gajah.

Dia turut berharap agar segala perancangan yang telah direncana pengendali pasukan, Fandi Ahmad, dapat dilaksanakan sebaik mungkin barisan pemain sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

"Saya memiliki ramai ahli keluarga dan rakan, jadi dalam 40 orang yang saya kenali akan menyaksikan aksi final kali ini. Saya percaya Sri Pahang mampu melakar aksi yang terbaik untuk keluarga, pasukan dan pemain ke-12."

Advertisement

Must Watch Video