UCL
Final UCL: Aksi cemerlang saya jadi pemisah, kata Courtois
Thibaut Courtois mengakui aksi cemerlangnya menjaga gawang menjadi pemisah untuk Real Madrid mengatasi Liverpool dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Paris awal pagi tadi.
Dalam perlawanan itu, Madrid kental bertahan daripada segenap asakan Liverpool di Stade de France untuk melakar kemenangan 1-0 bagi menjulang trofi tertinggi Eropah itu buat kali ke-14.
Sepanjang separuh masa pertama, Courtois cemerlang menafikan percubaan jarak dekat Mohamed Salah dan rembatan kencang Sadio Mane tetapi pemain kebangsaan Belgium itu beraksi lebih baik dalam separuh masa berikutnya.
Iklan
Dia menafikan usaha Salah sebanyak tiga kali dalam babak kedua, satu daripadanya mencuri tumpuan apabila dia melakukan lompatan ke sebelah kanan untuk menolak bola keluar, sambil Vinicius Junior menjaringkan gol tunggal perlawanan buat Madrid.
Madrid kental mempertahankan kelebihan itu untuk dinobatkan sebagai juara dan Courtois menamatkan perlawanan dengan sembilan aksi menyelamat -- rekod tertinggi dalam satu perlawanan final kejohanan itu sejak Opta mula mengumpulkan data berkenaan dalam musim 2003-04.
Courtois juga muncul penjaga gol terbaik musim ini dengan aksi menyelamat terbanyak (59 kali).
Pemain berusia 30 tahun itu bercakap selepas tamat perlawanan berkenaan mengenai kempen produktifnya secara individu dan sepasukan.
"Saya sudah bercakap dalam sidang media saya semalam bahawa apabila Madrid beraksi dalam final, mereka akan memenanginya," katanya kepada BT Sport.WHAT ABOUT THIS LEGEND?!?!#CHAMP14NS pic.twitter.com/ypI8X1I1aw— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) May 28, 2022
"Dan saya berada dalam sejarah ini, saya menerima banyak ciapan bahawa saya akan dimalukan hari ini tetapi perkara sebaliknya berlaku.
"Saya perlu memenangi final ini untuk karier saya, untuk semua usaha keras saya, untuk meletakkan penghormatan terhadap nama saya -- saya tidak fikir saya sudah cukup memilikinya, terutama ketika di England.
"Saya menerima banyak kecaman walaupun selepas satu musim yang hebat, di mana saya tidak cukup baik. Saya amat gembira dan berbangga dengan prestasi pasukan ini, kami kekal bersama dan apabila saya diperlukan di sana, saya sentiasa ada untuk pasukan ini.
"Kami menewaskan kelab-kelab terbaik dunia, anda dapat lihat pencapaian (Manchester) City dan Liverpool tahun ini, musim yang luar biasa, mereka bersaing sehingga ke penghujungnya dalam Liga Perdana Inggeris.
"Liverpool memenangi dua piala dan hari ini, mereka amat kuat.
"Saya fikir saya telah bermain dengan cemerlang dan itulah yang menjadi pemisah -- kami memperoleh satu peluang dan kami menjaringkannya," katanya.
9 - Thibaut Courtois' nine saves tonight is the most on record (since 2003-04) of any keeper in a single #UCLfinal. Impenetrable. #LIVRMA pic.twitter.com/zIKhl5zaXT— OptaJoe (@OptaJoe) May 28, 2022
Must-Watch Video