Skip to main content

Bola Sepak

Final Playoff Liga Kejuaraan: Rob Edwards puji cara Mark Robins julang Coventry City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rob-edwards.jpg
Pengurus Luton Town, Rob Edwards, kagum dengan kejayaan yang dibawa Mark Robins sejak membimbing Coventry City menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu dalam aksi final Playoff Liga Kejuaraan di Stadium Wembley pada Sabtu ini.

Luton dan Coventry hanya dipisahkan satu kemenangan lagi untuk layak ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan walaupun kedua-dua pasukan itu pernah beraksi dalam League two pada 2017.

Kejayaan kali ini akan menyaksikan Luton bersaing dalam liga divisyen utama itu buat kali keempat dalam tempoh 10 tahun.

Menjelang pertemuan penting itu, Edwards kagum dengan cara Robins mengembalikan kegemilangan Coventry.

"Apa yang Mark Robins lakukan dengan bantuan staf, pemain dan semua orang di sekelilingnya amat luar biasa. Saya tidak mungkin dapat melakukannya," kata Edwards.

"Ia kedengaran seperti amat sukar, terutama ketika waktu awal dalam League Two dengan stadium berbeza dan banyak perkara yang perlu dilaluinya, jadi dia layak menerima banyak pujian dan pengiktirafan musim ini. Ia akan menjadi kisah yang hebat buat mereka.

"Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dalam League Two tidak dalam dulu, jadi ini bukanlah final playoff yang orang akan jangkakan pada awal musim ini -- tetapi ia kini telah tiba dan melibatkan dua pasukan ini.

"Kedua-dua kelab ini telah melalui banyak perkara dan ia sesuatu yang hebat untuk saya menjadi sebahagian daripada Luton, untuk menghabiskan waktu saya di posisi ini, di penghujung carta yang sepatutnya," katanya.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video