Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Malaysia: Sri Pahang bakal turun bertemu JDT berbekal 'senjata rahsia'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fandi-ahamd.jpg
Menjelang Final Piala Malaysia 2025 Sri Pahang serba kekurangan, bukan hanya beraksi tanpa dua bintang utama turut menjadi kebimbangan apabila masalah kecederaan yang menghantui skuad Tok Gajah.

Dalam ketika Sri Pahang masih buntu membentuk barisan kesebelasan ampuh -- Johor Darul Ta’zim (JDT) pula kekal dalam kelas tersendiri untuk melengkapkan kejuaraan hatrik.

Aura dan bahang kehangatan final Piala Malaysia semakin dirasai namun pasukan paling terkesan menjelang final, Sri Pahang yang terpaksa memanggil kudrat pemain dari skuad bawah 23 tahun.

Ini kerana, pengantungan Kpah Sherman, selain Manuel Hidalgo yang tidak boleh beraksi bertemu majikan, Fandi Ahmad dikhabarkan masih tunggu status kecederaan Aleksandar Cvetkovic dan David Rowley.

Malah, Fandi Ahmad terpaksa cari alternatif untuk menembusi benteng ampuh JDT dengan cara mengetengahkan kudrat penyerang 'bidan terjun'

Senario di mana, pemain di bahagian sayap diberi mandat mengetuai jentera serangan selaku penggempur utama.

Sementara itu, Fandi menamakan duo berbisa JDT, Bergson da Silva dan Arif Aiman Md Hanapi, sebagai ancaman utama dari kem juara bertahan Piala Malaysia itu.

Fandi turut menempelak tanggapan Sri Pahang akan bertahan di kubu sendiri sebaliknya pengendali berusia 63 tahun itu masih setia dengan falsafah kejurulatihannya.

Advertisement

Must Watch Video