Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Malaysia: 'Penyokong penting, jika ramai semangat pemain akan lebih lagi'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faizol.jpg
'Sukar tapi tiada yang mustahil'

Perkara itu dijelaskan bekas arkitek utama Pahang, Mohd Faizol Hussein, ketika diminta mengulas mengenai peluang Sri Pahang di pentas final Piala Malaysia 2024/25 bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu ini.

Masih segar dalam ingatannya muncul juara Piala Malaysia edisi 2014, Faizol turut berharap skuad kendalian Fandi Ahmad mampu memberikan saingan sengit kepada JDT meskipun bakal turun tanpa kelibat dua tongggak import, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo yang berdepan penggantungan.

Menurut Faizol, barisan pemain Tok Gajah tidak boleh membiarkan anak buah Hector Bidoglio bergerak bebas sepanjang 90 minit perlawanan selain perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang yang diraih.

Malah, dia turut percaya aura pentas final Piala Malaysia pastinya menghadirkan semangat berbeza buat setiap pemain sri pahang meskipun mereka bergelut dengan prestasi sebenar di saingan liga super musim ini.

Faizol dalam perkembangan sama turut menyeru semua peminat Tok Gajah untuk memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil kerana sokongan padu penyokong mampu menyuntik semangat pemain berjuang di atas padang.

"Perlawanan akhir ini aura dia lain terutama Piala Malaysia, pemain tengah perlu kreatif kerana mereka nadi untuk pasukan, jika mati maka pasukan akan sukar.

"Saua harap pemain tengah pada malam itu lakukan sesuatu, peluang jangan sia-siakan kerana sukar untuk peroleh. 

"Penyokong sangat penting dan membantu pemain malam itu, jika ramai turun maka semangat itu akan lebih lagi." katanya.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video