Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala EFL: Kecederaan nafi kelibat Alexander-Arnold

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alexander-arnold.jpg
Trent Alexander-Arnold sah terlepas perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) Liverpool menentang Newcastle United gara-gara kecederaan buku lali tetapi boleh kembali sebelum akhir musim ini.

Alexander-Arnold terhincut-hincut dalam separuh masa kedua ketika Liverpool tumbang kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), tiga hari lalu, dengan The Reds akhirnya tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti.

Jarell Quansah yang menggantikannya di Parc des Princes dan berpeluang diturunkan dalam barisan utama di Wembley, awal pagi Isnin ini. 

Bagaimanapun, kecederaan Alexander-Arnold menyebabkan Liverpool ketiadaan bek tengah sejati berikutan Conor Bradley dan Joe Gomez juga masih menjalani pemulihan. 



"Trent tidak sedia diturunkan," ketua pengurus, Arne Slot, yang mengesahkan dalam sidang akhbar malam tadi. 

"Dia tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan akhir. 

"Masih perlu dinilai berapa lama dia akan pulih tetapi kami mengharapkan dia kembali sebelum akhir musim ini."

Advertisement

Must Watch Video