CHELSEA 4 ARSENAL 1
Jaringan berganda daripada Eden Hazard membantu Maurizio Sarri untuk meraikan kejuaraan pertamanya selepas Chelsea membelasah Arsenal 4-1 dalam final Liga Europa di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan, awal pagi tadi.
Walaupun beraksi dalam penampilan yang mungkin kali terakhir buat Chelsea sebelum berpindah ke Madrid, pemain bintang itu meledak sebanyak dua kali untuk memastikan kejuaraan Liga Europa kedua dalam enam musim terakhir buat pasukannya.
Olivier Giroud memulakan pesta jaringan Chelsea apabila menjaringkan gol ke gawang bekas pasukannya itu pada minit ke-49 sebelum Pedro turut menewaskan penjaga gol yang bakal mengumumkan persaraannya, Petr Cech.
Alex Iwobi memberikan respons dengan menjaringkan gol di antara dua jaringan Hazard, namun harapan Arsenal kian pudar sepanjang babak kedua yang menyaksikan mereka akan terperangkap selama satu musim lagi dalam Liga Europa selepas menamatkan Liga Perdana Inggeris di tempat kelima.
Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, mendatangkan cemas dengan tumbukan kurang kemas yang dilakukannya dan dia bernasib baik apabila pengadil, Gianluca Rocchi, tidak perasan sentuhan yang dilakukannya ke atas Alexandre Lacazette sehingga penyerang itu jatuh ke lantai.
Cech, penjaga gol yang membantu kejayaan The Blues dalam edisi 2013, dilihat lebih tenang di gawang bertentangan.
Pemain berusia 37 tahun itu menafikan percubaan Emerson Palmieri sebelum bertindak bijak menghalang percubaan berbahaya Giroud.
Bagaimanapun, tiada apa yang boleh dilakukannya ketika percubaan kedua Giroud apabila pemenang Piala Dunia 2018 itu menanduk masuk hantaran lintang Emerson dari sebelah kiri.
Permulaan baik Arsenal seakan-akan musnah ketika Hazard membantu Pedro untuk menjaringkan gol kedua Chelsea pada sejam perlawanan sebelum Ainsley Maitland-Niles menjatuhkan Giroud dalam kawasan penalti.
Hazard tidak mensia-siakan peluang itu untuk menyudahkan sepakan penalti walaupun pemain gantian, Iwobi, memberikan sedikit harapan buat Unai Emery menerusi voli gemilangnya.
Bagaimanapun, impian bekas pengendali Sevilla itu untuk meraih kejuaraan keempat Liga Europa berkecai tiga minit kemudian.
Hazard memaparkan aksi berkelas dunia dengan memanfaatkan bantuan daripada penjaring terbanyak kejohanan, Giroud, untuk melengkapkan malam penuh memalukan buat Arsenal.