Argentina menepati ramalan apabila berjaya muncul juara selepas menewaskan Colombia 1-0 dalam aksi final Copa America di Stadium Hard Rock, sebentar tadi.
Argentina, penyandang juara Piala Dunia yang diketuai Lionel Messi, berharap untuk melakar sejarah menjuarai Copa America buat kali kedua berturut-turut.
Manakala, Colombia -- yang melewati 28 perlawanan tanpa kalah sehingga melangkah ke final -- untuk memenangi Copa America buat kali kedua dan membalas dendam atas kekalahan terdahulu kepada Argentina ketika pada Februari 2022.
Separuh masa pertama menyaksikan terdapat banyak yang berlaku di sebalik tanpa sebarang jaringan, dengan bintang Argentina, Lionel messi berdepan masalah kecederaan buku lali sebelum menuju bilik persalinan.
Tempo permainan dipertingkat kedua-dua pasukan, dalam usaha mencari gol pertama perlawanan -- Colombia seawal minit pertama separuh masa menguji benteng akhir Argentina namun percubaan Santiago Arias yang sekadar tersasar.
Argentina berjaya mendapatkan peluang untuk menjaringkan gol namun VAR membatalkan selepas Nicolás Tagliafico berada dalam kedudukan ofsaid.
Colombia memenangi sepakan percuma selepas Enzo Fernandez menjatuhkan Jhon Arias, menawarkan Rodriguez peluang namun percubaannya gagal menghasilkan jaringan.
Memasuki masa tambahan selepas kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol dalam tempoh 90 minit waktu permainan, mereka terus saling menguji kemampuan sepanjang permainan.
Gol yang dinanti-nantikan akhirnya tiba selepas Martinez berada dalam situasi satu lawan satu tenang menewaskan penjaga gol, Camilo Vargas pada minit ke-113.
Ternyata gol tersebut cukup untuk memastikan Argentina mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tiga tahun lalu.
Ammar Hakim
Mon Jul 15 2024