Pertembungan Perak dan Kedah dalam aksi berprestij final Piala FA, Sabtu ini bukan sahaja menjanjikan persembahan menarik dua gergasi utara beradu kehebatan bagi merebut gelaran juara tetapi juga membuka lembaran baru dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Buat julung-julung kalinya, kelibat pengadil profesional dari Jepun akan digunakan dalam perlawanan akhir edisi ke-30 itu, satu usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memperbaiki mutu pengadilan dalam kancah bola sepak negara.
Keamatan permainan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu pasti mencapai tahap tertinggi, dipengaruhi status dan ego yang dimiliki skuad The Bos Gaurus dan Lang Merah selain mengambil kira keterujaan penyokong menjelang aksi berkenaan.
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan, berkata sama ada pengadil tempatan atau pengadil luar, kedua-duanya tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan, namun berpendapat implikasinya lebih rendah sekiranya kesilapan itu dilakukan pengadil luar.
“Sebenarnya, sehingga perlawanan tamat, tiada jaminan pengadil itu mampu mengendalikan ia dengan baik atau tidak.
“Mereka itu manusia bukannya komputer yang sudah diprogramkan. Cuma saya rasa kalau ada kesilapan, mungkin impaknya sedikit rendah kerana mereka secara terang adalah orang yang berkecuali.
“Kalau ada yang ingin mempertikaikan pun, mereka (pengadil Jepun) ini bukan berasal dari Perak atau Kedah selain tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam saingan Liga Malaysia,” katanya.
Pada masa sama, Sathianathan menganggap penggunaan pengadil luar dalam aksi final kali ini sebagai alternatif kepada persoalan yang sering timbul membabitkan mutu pengadilan.
"Selama ini, setiap perlawanan termasuk final hanya melibatkan pengadil tempatan, jadi sebab itu mereka lebih mudah ‘diserang’ peminat. Kadang-kadang kerana seorang, semua mendapat nama buruk sedangkan bagi saya masih ada sesetengah pengadil tempatan yang begitu baik.
“Jadi, jika mereka (pengadil Jepun) mengadili perlawanan itu nanti dengan baik, memuaskan kedua-dua pihak termasuk penyokong, pasukan dan pengurusan, tiada masalah akan timbul, tetapi tidak semestinya jika mereka buat silap tidak akan mendatangkan apa-apa kesan buruk,” tambahnya.
Sebagai rekod, pengadil tempatan, J.Suresh, yang mengendalikan final Piala Malaysia 2018 di antara Terengganu FC (TFC) dan Perak, dianggap ramai peminat bola sepak tanah air sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu.
Beberapa keputusan kontroversi dibuat Suresh, termasuk membatalkan dua jaringan dan layangan dua kad merah dalam perlawanan itu, sekali gus menyaksikan integritinya dipersoalkan.
-- BERNAMA