Skip to main content

Bola Sepak

Figueroa bangga kejayaan JDT

figueroa.jpg
Luciano Figueroa gembira dengan persembahan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menumpaskan Perak 3-0 di Stadium Perak, malam tadi.

Bagi bekas pemain Harimau Selatan itu, kejayaan tersebut menepati status pasukan itu selaku juara Liga Super 2019 buat enam musim berturut-turut.

"Saya berbangga dengan kejayaan ini kerana kami berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk kali ke-15," kata Figueroa yang juga pengurus pasukan.

"Memang saya jangkakan perlawanan ini sukar. Apa pun, tahniah saya ucapkan kepada pemain kerana mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan ini."

JDT memusnahkan tuan rumah melalui dua jaringan Leandro Velasquez pada minit ke-37 dan 42 sambil satu lagi gol disumbangkan oleh Akhyar Rashid pada minit terakhir perlawanan.

Pengurus JDT itu berkata kemenangan dengan jurang besar itu membuktikan pemain JDT berada di landasan betul bagi menghadapi pertarungan berkenaan.

Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa pasukan Harimau Selatan itu berada satu tahap lebih tinggi daripada pencabar lain dalam kancah Liga Malaysia.

Dia juga menambah pengurusan JDT perlu berusaha memastikan kesinambungan pasukan bagi mengekalkan momentum.

Advertisement

Must Watch Video