Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakui mereka berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka semalam.
Pengurus JDT, Luciano Figueroa, berkata walaupun menang 2-0, anak buahnya perlu mengasak kubu pertahanan The Fighters untuk memaksa pihak lawan melakukan kesilapan dalam kotak penalti.
"Ia satu perlawanan yang baik buat JDT kerana berjaya menguasai permainan sepanjang 90 minit. Tetapi saya mengakui sukar untuk menembusi benteng pertahanan lawan.
"Mereka beraksi secara bertahan yang mana semua pemainnya berkampung dalam kawasan mereka yang memaksa kami untuk melakukan serangan secara bertubi-tubi," kata Figueroa.
Dalam perlawanan itu, JDT memperoleh gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 yang disempurnakan pemain importnya, Diogo Luis Santo, yang turut menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-61.
Figueroa berkata kemenangan semalam juga mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan di puncak Liga Super, terutama selepas pencabar terdekat, Pahang, tewas mengejut 0-2 kepada pendatang baru liga, Petaling Jaya (PJ) City.
"Dengan kemenangan ini, kami mendahului dengan lima mata di depan dan sudah tentu ia menjadi motivasi kepada kami untuk terus fokus dan mengekalkan pasukan di tangga teratas liga," katanya.
Sementara itu, pengendali Felda United, Mohd Nidzam Jamil, berkata rentak permainan anak buahnya berubah selepas JDT memperoleh jaringan pertama.
"Apabila kami bermain dengan kelab yang besar seperti JDT, kami tidak boleh melakukan kesilapan mudah sehingga dihukum dengan jaringan dan memulakan permainan dengan keputusan 0-0 adalah berbeza berbanding jika kami ketinggalan.
"Kami cuba untuk menukar taktik dengan beraksi lebih terbuka tetapi tidak boleh keterlaluan kerana hasilnya kami telah dihukum dengan gol kedua JDT," katanya.
Meskipun tewas, Nidzam optimis untuk memastikan The Fighters bangkit dalam perlawanan seterusnya demi mengekalkan mereka dalam saingan Liga Super musim depan.
-- BERNAMA