Skip to main content

Bola Sepak

FIFA pindah pejabat di Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fifa.jpg
Bermula 1 September, difahamkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan berpindah ke Indonesia, sekali gus menutup operasi dan cawangan di Malaysia dan Singapura. 

Ibu pejabat baharu di Jakarta itu akan menjadi pusat utama di Asia Tenggara (ASEAN). 

Keakraban hubungan antara Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, mungkin menjadi asbab pembukaan pejabat itu selain negara yang menawarkan pelbagai kemudahan dan lokasi strategik. 

Bola sepak Sang Garuda semakin ke hadapan dengan penstrukturan terbaik, selain berada di landasan tepat untuk mencipta sejarah ke Piala Dunia 2026.

 

Pembinaan sebagai hab serantau itu bukan sahaja akan menyokong pembangunan bola sepak di Indonesia tetapi juga berfungsi sebagai pusat penyelarasan untuk 21 persatuan bola sepak di seluruh Asia Tenggara dan Timur.

Infantino memaklumkan langkah ini menandakan pengembangan strategik peranan FIFA di rantau ini, sejajar dengan visi untuk mempromosikan pertumbuhan bola sepak global pada tahap yang sama.

Infantino memuji pembaharuan terkini dalam bola sepak Indonesia dan mengiktiraf kemajuan negara dalam mengatasi cabaran dalaman. Infantino menegaskan bahawa keputusan untuk menubuhkan hab serantau di Jakarta mencerminkan komitmen jangka panjang FIFA terhadap pembangunan bola sepak di Asia.

PSSI turut diberi penghormatan dengan Anugerah Emas FIFA Forward, yang mengiktiraf pelaksanaan berkesan projek pembangunan bola sepak negara, termasuk penubuhan pusat latihan kebangsaan baharu di Nusantara, ibu negara Indonesia yang akan datang di Kalimantan Timur.

Advertisement

Must Watch Video