Enzo Fernandes memulakan kariernya di Stamford Bridge dengan rentak yang kurang ideal, namun dia menegaskan bahawa tanda harga mahalnya bukanlah punca kepada bergelut di Chelsea.
Pada tarikh akhir jendela perpindahan Januari 2023, Fernandes menjadi pemain termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila The Blues menandatanganinya daripada Benfica dengan nilai £106.8 juta (RM601.2j).
Selepas enam bulan pertama yang cemerlang di Stamford Bridge, pemain Argentina itu menghadapi cabaran dalam musim pertama dan terlepas 10 perlawanan, dia perlu menjalani pembedahan untuk membaiki pangkal paha.
Fernandez, yang sempat di bawah era Graham Potter dan Mauricio Pochettino, mengakui bahawa dia tidak berpuas hati dengan prestasi awalnya.
"Ketika saya tiba, tahun pertama setengah di sini sangat sukar.
"Jurulatih sering bertukar, kelab di sini tidak bermain dengan baik dan terdapat banyak kecederaan," katanya kepada ESPN.
"Itu tidak penting bagi saya. Saya berusaha menanganinya dengan penuh tanggungjawab, berseronok dan tanpa tekanan. Saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya tunjukkan, kemudian saya cedera. Banyak perkara telah berlaku."
"Saya terus berjuang dan hari ini saya berasa sangat baik, begitu juga dengan pasukan. Kami ingin meneruskan perjalanan ini."
Fernandes telah berkembang menjadi pemain yang lebih baik sejak Enzo Maresca mengemudi kelab itu dengan The Blues kini menyasarkan gelaran EPL pertama sejak musim 2016-2017.
Hanis Natasya
Wed Dec 25 2024