Skip to main content

Bola Sepak

Fernandes tinggalkan West Ham

edimilson-fernandes_.jpg
Fiorentina telah menandatangani Edimilson Fernandes secara pinjaman sepanjang musim ini daripada West Ham.

Pemain tengah Switzerland itu, yang beraksi sebanyak tiga kali buat negaranya, tampil sembilan kali dalam kesebelasan utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai The Hammers daripada Sion pada 2016.

Manuel Pellegrini telah membenarkan Fernandes meninggalkan Stadium London selepas membawa masuk Felipe Anderson, Jack Wilshere dan Andriy Yarmolenko.

Kelab Serie A, Fiorentina, telah mengesahkan menerusi satu kenyataan bagi mendedahkan Fernandes telah bersama kelab itu secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli pemain berusia 22 tahun itu.

Advertisement

Must Watch Video