Skip to main content

Bola Sepak

Fergus Tierney tonggak masa depan Harimau Malaya, kata Razman Roslan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fergus-tierney.jpg
Salah seorang daripada empat pemain yang dilepaskan daripada kem latihan Harimau Malaya, Fergus Tierney, mendapat perhatian bekas tonggak pertahanan negara, Razman Roslan.

Penyerang itu termasuk Hong Wan, Safwan Mazlan dan Syed Masrulhaq Syed Bidin merupakan digugurkan oleh ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski, bagi memberi ruang buat pemain yang berpangkalan di luar negara untuk melaporkan diri pada fasa ke-3 kem latihan skuad negara.

Razman berpandangan bahawa Tierney memiliki potensi besar untuk diketengahkan selain memainkan watak penting ketika membantu kelab Thailand, Chonburi, menjuarai Liga 2 Thai musim lalu.

Tierney antara penyerang masa hadapan yang dicanang untuk mengetuk pintu skuad senior negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun mendatang.

Kudratnya dijangka ditagih skuad B-23 negara kendalian Nafuzi Zain bagi mengharungi deretan kejohanan tahun ini; antara Piala AFF, kelayakan Piala Asia B-23 termasuk Sukan SEA Thailand, Disember hadapan.

"Dia masih perlu asah ketajamannya sebagai seorang penyerang.

"Beraksi di luar juga merupakan tahap yang tinggi sebenarnya walaupun dalam Liga Thai 2. 




"Pemain berkualiti di sana mampu meningkatkan persaingan. Pemain harus bekerja keras serta bersemangat untuk mendapatkan minit permainan, dan ia sangat penting.

"Berbanding Paulo Jose dan Romel Morales, dia masih muda dan saya berharap pada satu hari nanti dia akan menjadi penyerang utama skuad kebangsaan," katanya di Nadi Arena hari ini. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video