BOLA SEPAK
Fergus Tierney mahu menyerlah di Chonburi, idam wakili skuad senior negara
Kejayaan Harimau Malaya menjuarai Pestabola Merdeka 2024 memberikan insipirasi buat pemain-pemain muda negara untuk mewakili skuad senior kebangsaan.
Tidak terkecuali penyerang warisan, Fergus Tierney, yang tekad untuk memanfaatkan pengalamannya bersama Chonburi dalam Thai League 2 untuk menyarung jersi skuad senior negara pada masa akan datang.
Tierney menyertai Chonburi pada 26 Julai lalu dari Johor Darul Ta'zim (JDT) II, di mana dia kemudian menjaringkan gol dalam aksi pertamanya menentang Suphanburi pada 9 Ogos lalu.
Iklan
Pemain berusia 21 tahun negara itu juga mewakili skuad B-23 negara sebanyak 12 kali dan menjaringkan 11 gol.
"Chonburi merupakan pasukan yang memiliki sejarah hebat di Thailand," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya dan JDT berasakan ini merupakan satu peluang yang bagus untuk saya mendapatkan minit permainan dalam pasukan utama dan berkembang sebagai pemain bola sepak.
"Sasaran masa pendek saya adalah untuk memenangi setiap perlawanan dan bagi sasaran jangka panjang pula, saya mahu pulang ke JDT dengan prestasi lebih baik.
"Memang untuk mewakili skuad kebangsaan adalah impian saya tetapi pada ketika ini, saya tidak akan terlalu memikirkannya kerana saya mahu fokus kepada Chonburi dan mencuba untuk memenangi setiap perlawanan.
"Saya mahu menunjukkan jurulatih apa yang saya mampu lakukan dan terus memperbaiki dalam latihan dan perlawanan.
"Harap-harap satu hari nanti saya mendapat panggilan kebangsaan," katanya.
"Bola Sepak","Fergus Tierney","Harimau Malaya"
Must-Watch Video