Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola sepak Malaysia.
Dalam temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam, Gallifuoco yang juga calon pemain naturalisasi negara mengakui perasaan itu hadir selepas menjadi saksi kemenangan luar biasa Malaysia ke atas Vietnam.
Kehadiran Gallifuoco ke Stadium Nasional Bukit Jalil ketika aksi Kelayakan Piala Asia itu membuktikan dirinya kini sebagai ekor Harimau sejati.
Perkara itu bukan kali pertama, pemain yang mesra disapa 'gg' itu sudah beberapa kali hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada skuad negara.
Malah, ini juga bukti semangat cintakan Malaysia dalam dirinya yang semakin menebal seiring dengan statusnya sebagai calon pemain naturalisasi.
"Suasana sangat luar biasa, kami bercakap mengenai suasana yang mempengaruhi persembahan (pemain). Ia perlawanan yang bagus dengan kemasukan beberapa pemain (warisan), ia aksi paling di dominasi Harimau Malaya dalam lima tahun yang pernah saya lihat.
"Saya hargai dan teruja berada di stadium. Ketika dalam kempen AFC, saya berasakan bermain untuk Malaysia kerana apabila bersama KL City seluruh negara mahukan kami menang.
"Dalam aksi sebelum ini, hampir 50,000 penyokong bernyanyi dan apa yang anda mahu adalah berada di atas padang dan bantu pasukan lakar kemenangan." katanya.

“Back line incredible” Giancarlo Gallifuoco
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 14, 2025
puji gandingan Dion Cools, Matt Davies, Facundo Garces, Jon Irazabal dan Corbin Ong - dijangka tambah taring Harimau Malaya andai proses dokumentasi jadi pemain naturalisasi berjalan lancar. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/zScSES5YXv