Skip to main content

Bola Sepak

'Fenomena' Ibrahimovic bakal tentukan masa depan di Milan

ibrahimovic.jpg
Zlatan Ibrahimovic merupakan "fenomena" dan akan memutuskan sama ada akan melanjutkan kontraknya di Milan, kata Pengarah Sukan, Ricky Massara.

Penyerang veteran itu kembali ke pangkuan Rossoneri pada bulan lalu menerusi kesepakatan sehingga Jun depan dengan pilihan untuk melanjutkan perjanjian baru selama 12 bulan lagi.

Ibrahimovic, yang memenangi Serie A ketika tempoh pertamanya bersama Milan, telah menyumbangkan tiga gol dalam enam perlawanan sejak menyertai semula mereka dan turut berada dalam kesebelasan utama pertemuan pertama separuh akhir Coppa Italia menentang Juventus, awal pagi tadi. 

Massara memuji kualiti yang dipersembahkan Ibrahimovic sambil mengatakan bekas tonggak Sweden itu akan menentukan masa depannya.

Bercakap kepada Rai Sport, Massaro berkata: "Pada akhirnya, segalanya terpulang kepadanya. Sejauh mana perasaannya dan berapa lama lagikah dia mahu meneruskan (karier).

"Dia benar-benar seorang pemain yang fenomena dan kami sangat gembira dengan persembahannya."

Milan di tangga ke-10 Serie A selepas 23 perlawanan, 10 mata dipisahkan dengan empat pasukan teratas tetapi hanya dua mata dijarakkan dengan pasukan di tangga keenam, Hellas Verona.

Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found