MANCHESTER UNITED 1 CELTA VIGO 1
(Man United mara dengan agregat 2-1)
Sudah hampir lima bulan sejak Jose Mourinho menyuarakan sokongan terhadap pemain tengah, Marouane Fellaini.
Dikecam oleh penyokong Manchester United dalam kemenangan 1-0 ke atas Tottenham di Old Trafford hanya seminggu selepas menghadiahkans sepakan penalti kepada Everton, masa depan Fellaini bersama The Red Devils dilihat semakin pudar.
Bagaimanapun, Mourinho, yang sering mengkritik pemainnya di hadapan kamera terus melontar sokongan terhadap Fellaini.
"Dia seorang pemain dan individu yang saya gemari.
"Saya akan sentiasa mempercayai dan melindunginya."
Awal pagi tadi, Fellaini membayar kepercayaan itu dengan penuh gaya apabila membantu United melakar keputusan seri 1-1 di Old Trafford untuk mara ke final Liga Europa dengan agregat 2-1.
Fellaini mungkin tidak akan beraksi jika tidak disebabkan dia dikenakan penggantungan tiga perlawanan ekoran mengasari Sergio Aguero ketika berdepan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Penggantungan itu membuatkan Fellaini, pemain yang paling banyak mendapat rehat menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Europa berdepan Celta Vigo.
Kecergasan pemain itu menjadi faktor penting buat United.
Dia meluru ke depan untuk mencapai hantaran lambung Marcus Rashford sebelum melepaskan tandukan deras melepasi gawang Sergio Alvarez.
Di bahagian tengah, Fellaini sibuk mengekang asakan lawan.
Fellaini tidak pernah dilihat sebagai pemain yang mampu mencipta impak sejak tiba di Old Trafford dengan yuran perpindahan sebanyak GBP27.5 juta dari Everton empat tahun lalu.
Mungkin ramai yang tidak sedar -- kecuali Mourinho -- bahawa pemain itu tidak pernah gagal memberi kesan dalam perlawanan getir.
Dia telah meledak gol dalam separuh akhir Liga Europa, Piala EFL dan Piala FA untuk United.
Bagi United, aksi di Old Trafford merupakan malam yang penuh mendebarkan tatkala mereka sering melakukan kesilapan berdepan Celta yang mempamerkan keyakinan tinggi.
Sergio Romero bijak menyelamatkan gawang daripada percubaan Iago Aspas dan Pablo Hernandez.
Keadaaan semakin meruncing apabila Facundo Roncaglia berjaya merapatkan jurang agregat dengan gol pada minit ke-85 sebelum dia dan Eric Bailly dilayangkan kad merah ekoran terlibat dalam insiden pergaduhan.
Bailly mempamerkan aksi mantap di jentera pertahanan dan ketiadaannya dalam aksi final hampir pasti satu kerugian besar bagi United.
Ini adalah aksi 90 minit yang akan tersenarai antara perlawanan terbaik di Theatre of Dreams dan hampir pasti akan memberi tekanan terhadap pencabar di pentas final, Ajax, apabila kedua-dua pasukan bakal bertembung di Stockholm.
Seperti mana yang Mourinho pertahankan, Fellaini membuktikan dirinya antara tonggak utama The Red Devils.