Joao Felix mampu menjadi salah seorang pemain terbaik dunia, kata penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak.
Atletico Madrid menewaskan Leganes 1-0 hasil gol tunggal dalam babak kedua oleh Vitolo setelah dia menyudahkan bola hantaran pemain bernilai EUR120 juta (RM562 juta), Felix, dengan rembatan deras kaki kiri.
Oblak memuji kelibat pemain berusia 19 tahun itu sambil gembira dengan persembahan seluruh pasukan di sepanjang perlawanan yang menyaksikan Leganes mencatat 10 percubaan.
"Saya tahu dia memiliki bakat dan potensi yang hebat," kata Oblak mengenai rakan sepasukannya dari Portugal itu.
"Pihak kelab berusaha keras untuk membawanya ke sini dan kami semua setuju bahawa Atletico telah mendapatkan pemain yang berkualiti tinggi dan dia pasti mampu menjadi antara yang terbaik, sudah pasti.
"Ketika ini, dia beraksi sangat baik dan diharapkan ia berterusan, memberikan kami kegembiraan.
"Ia perlawanan yang rumit. Setiap pasukan akan berdepan masalah apabila bertemu Leganes.
"Vitolo masuk dan menjaringkan gol kemenangan tetapi secara keseluruhan, pasukan beraksi dengan sangat baik. Kami bertahan dengan bagus.
"Penting untuk mengetahui bagaimana dapat melepaskan diri kerana anda tidak dapat mendominasi seluruh permainan."
Pengendali pasukan, Diego Simeone, menyokong kenyataan Oblak itu mengenai Leganes sehingga mengakui dia meletakkan tiga pertahanan berbanding kebiasaannya menggunakan empat pemain di bahagian bawah.
Percaturan itu tampak berjaya apabila Atletico meraih kemenangan kedua musim ini dan Simeone memberitahu barisan wartawan: "Kami perlukan kemenangan dan cuba melakukannya dalam pelbagai cara. Kami mengubah sesetengah perkara dan menang.
"Leganes tidak memberikan anda ruang untuk selesa dan mereka sangat kuat di laman sendiri."