Bekas pemain tengah Portugal dan Atletico Madrid, Tiago, berpendapat penyerang Benfica, Joao Felix, memiliki persamaan dengan Antoine Griezmann serta boleh bermain dengan mana-mana pasukan di dunia.
Pemain berusia 19 tahun itu menarik perhatian gergasi Eropah seperti Real Madrid, Manchester City dan Manchester United selepas cemerlang bersama Benfica.
Tiago, yang kini dilantik sebagai penolong pasukan Atletico, membandingkan penyerang itu dengan Griezmann dan berasakan pemain itu memiliki tanda nilai lebih daripada EURO80 juta (RM376 juta).
"Dia boleh bermain dalam mana-mana pasukan," kata Tiago.
"Saya berasakan Benfica tidak akan melepaskan Felix daripada RM376 juta. Dia memiliki persamaan dengan Griezmann," ujarnya.
Griezmann membintangi Atletico selama lima musim tetapi telah mengumumkan bulan lalu keinginannya untuk meninggalkan kelab LaLiga itu.
Penyerang itu telah dikaitkan dengan Barcelona dan Tiago menjangkakan pemain berusia 28 tahun itu akan berhijrah ke Nou Camp.
"Dia seorang pemain yang berkualiti dan rakan sepasukan yang hebat. Dia sentiasa memberi yang terbaik untuk pasukan.
"Kami semua percaya dia akan bermain untuk Barca musim depan."