Sekalipun sudah masak dengan corak permainan Selangor, Felda United tetap waspada dengan beberapa pemain The Red Giants yang boleh menjadi pemisah dalam perlawanan sulung Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.
Pertemuan itu akan menjadi yang keempat di antara dua pasukan itu selepas mengharungi Liga Super dan Piala FA.
Saingan liga menyaksikan perlawanan pertama berkesudahan 1-1 manakala yang kedua pula memperlihatkan Selangor merekodkan kemenangan 2-1 di Jengka.
Namun, The Fighters melakar kejutan apabila menyingkirkan skuad kendalian B. Sathianathan itu dalam pusingan ketiga Piala FA.
Ketua jurulatihnya, Nidzam Jamil, menyedari Selangor memiliki pemain berkualiti yang berupaya menjadi pencetus kreativiti buat skuad Gergasi Merah itu memburu jaringan.
"Kami mempunyai cara untuk bertahan dan bermain tetapi kami perlu memberi sebanyak mungkin maklumat kepada pemain tentang gerakan-gerakan yang sering dilakukan Selangor.
"Saya tidak cakap yang kami tahu bagaimana untuk menewaskan Selangor tapi saya rasa kami sudah boleh bayangkan apa yang mampu ditawarkan Selangor kepada kami.
"Kami boleh bayangkan apa yang akan Ifedayo (Olusegun) buat, kami boleh bayangkan gerakan 'set-piece' daripada Sandro (Da Silva) dan saya tahu cara kerja jurulatih Sathia yang amat menitikberatkan etika kerja pemain.
"Jadi, itu yang kami boleh bayangkan.
"Pada akhirnya, (perlawanan) malam ini yang akan menentukannya," katanya.