Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Felda United ikat Kuala Lumpur di Cheras

kl-vs-felda.jpg
KUALA LUMPUR 3 FELDA UNITED 3

Felda United memperoleh kelebihan tiga gol di laman lawan selepas mengikat Kuala Lumpur 3-3 di Stadium KLFA, Cheras, malam ini.


Abdul Azim Rahim terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-23 sebelum kapten Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin, kembali mengikat kedudukan pada lima minit terakhir babak pertama.

Dalam babak kedua, Indra sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila mudah menemui sasaran pada minit ke-53.

Bagaimanapun, Abdul Azim turut tidak mengaku kalah dengan kembali mengikat kedudukan pada minit-60.

Felda United berada di depan buat kali kedua selepas Jocinei Chad menjaringkan gol pada minit ke-75.

Namun, Paulo Josue, memastikan Kuala Lumpur tidak terbeban menjelang aksi kedua di Jengka, 11 Mei ini, dengan menjaringkan gol penting skuad Warga Kota itu pada 10 minit terakhir perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video