Pengendali Felda United, Mohd Nidzam Jamil, mengakui mereka perlu mendapatkan penyerang import baru sekiranya mahu menyelamatkan pasukan itu dalam Liga Super.
'Permintaan' itu dibuat selepas menyaksikan kekalahan terbaru 1-2 kepada Terengganu FC (TFC), malam tadi, untuk mengekalkan Felda United di kedudukan kedua tercorot.
Kei Ikeda terpaksa ditaruhkan di bahagian serangan susulan Thiago Quirino berdepan masalah visa berikutan gagal mendapatkan kerakyatan Timor Leste untuk kuota Asia.
Kelibat Ikeda, begitupun, tetap dipuji dengan aksi memberangsangkan dan peranannya dalam perlawanan itu walaupun bukanlah seorang penyerang tulen.
"Saya tidak pasti apa yang berlaku dengan isu dokumen (Quirino), namun Ikeda berusaha keras untuk mengisi kekosongan sebagai penyerang.
"Untuk bersaing dengan pemain-pemain yang ada, maaf, agak sukar untuk Felda United," jelas Nidzam.
Dalam aksi di Kuala Terengganu malam tadi, jaringan Ikeda pada masa kecederaan ternyata sudah terlewat untuk memadam kelebihan dua gol tuan rumah yang dijaringkan penyerang, Kipre Tchetche.
Ketiadaan Mohd Hadin Azman yang disisihkan sehingga dua minggu gara-gara kecederaan lutut juga tidak membantu Felda yang ketandusan naluri pemusnah.
"Ada jurang besar (Felda United) dengan pencabar-pencabar lain kerana mereka kurang melakukan kesilapan.
"Kami perlukan pemain yang boleh mengubah keadaan. Kita sedia maklum masalah Felda United adalah di posisi penyerang," katanya lagi.