Jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, bertekad untuk memastikan The Fighters tidak menjadi mangsa belasahan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi Liga Super di Stadium Larkin, esok.
Felda berdepan tugas getir apabila bakal berdepan JDT yang belum tewas di laman sendiri musim ini.
Nidzam, bagaimanapun, tetap mengintai kejutan dengan pendekatan tersendiri demi merealisasikan hasrat itu, lebih-lebih lagi mereka gagal melakar keputusan positif dalam dua aksi terdahulu.
"Tiada sebarang jaminan terhadap perlawanan esok.
"Kami cuba nak bersaing atau sebaik-baiknya tidak mahu dibolosi gol.
"Kalau kami bekerja keras dengan fokus dan minda yang tepat, kami boleh keluar (dari Larkin) dengan keputusan positif," katanya.
Felda akan mempertaruhkan penjaring terbanyak mereka, Hadin Azman, yang sudah menghimpunkan tiga gol selain kehadiran Thiago Junio yang akan memperkasakan benteng.
"Semua pemain bebas daripada kecederaan kecuali pertahanan tengah, Masaki Watanabe, yang digantung satu perlawanan.
"Keseluruhannya, 20 pemain yang saya bawa ke sini bersedia untuk beraksi esok," tambahnya.