JUVENTUS 2 MONZA 1
Federico Gatti meledak jaringan di hujung perlawanan untuk meletakkan Juventus di kedudukan teratas Serie A menerusi kemenangan 2-1 ketika menentang Monza, awal pagi tadi.
Tuan rumah seakan-akan menyelamatkan satu mata apabila Valentin Carboni meledak sebaik memasuki masa kecederaan untuk memadam kelebihan awal Adrien Rabiot.
Namun, Juve kembali menyerang dalam masa tambahan apabila usaha Gatti memastikan tiga mata untuk mendahului Massimiliano.
?? ?? ????? ????????. ?? ?? ?????.
— UDLP English (@UDLP_english) December 1, 2023
????? ??? ??? ???? ??????? ????? ??#LasPalmasGetafe #UnityMakesLasPalmas pic.twitter.com/vmgcdn2Sp1
Sepakan penalti awal Dusan Vlahovic -- yang dikasari Andrea Cambiaso -- pula diselamatkan oleh Michele Di Gregorio tetapi mujur Rabiot menerpanya dengan tandukan untuk membawa Juventus ke puncak.
Dalam kancah Bundesliga pula, Davie Selke, menjaringkan satu-satunya gol ketika Cologne menang 1-0 ke atas Darmstadt yang turut bergelut untuk kedua-dua pasukan mengumpul sembilan mata.