Reaksi segera daripada Ketua Pegawai Eksekutif MyInspiration Sdn Bhd, Fazli Mohammad, menjelaskan peguam syarikatnya telah menghantar surat menerusi kiriman e-mel kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kelmarin.
"Bagaimanapun, pihak kami juga telah menghantar surat dalam bentuk 'hard copy' menggunakan kiriman pos, semalam. Apa-apa (hal berkaitan) selepas ini, mereka boleh rujuk kepada peguam kami," katanya.
Kenyataan yang dibuatnya itu juga bagi menjawab permintaan Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, yang mahu menunggu surat pengesahan rasmi daripada syarikat yang menguasai 70 peratus saham Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi.
Dalam perkembangan berkaitan, Fazli juga sempat memberi nasihat kepada KAFA supaya memberi peluang kepada calon yang lebih layak untuk membuat perubahan kepada persatuan itu.
"Saya sayang bola sepak Kelantan kerana bagi saya, mereka patut duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pasukan yang hebat seperti Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Saya juga ingin nasihatkan bola sepak Kelantan perlu diurus tadbir oleh orang baru dengan diberi nafas baru. Saya tengok ada dua tiga exco KAFA yang benar-benar sayangkan bola sepak Kelantan," katanya.
Kredit Foto: KRW Official